Boreck's Murah Shoppe

Selamat Datang Ke Boreck's Murah Shoppe...
Kedai Murah dan Mudah...Harga Berpatutan dan Munasabah

Di sini kami menjual pelbagai buku-buku dan barangan-barangan yang terpakai dengan harga yang rendah dan mudah untuk anda membelinya.

PERHATIAN :
Semua harga jualan buku-buku di sini tidak termasuk kos penghantaran bagi Semananjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penghantaran akan dibuat melalui PosLaju.
Sila rujuk terdahulu untuk sebarang pesanan dengan menghubungi kami :

HUBUNGI SAYA

Nama : Fadillah Juni
Alamat : Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
E-mel : boreck62@gmail.com

Telefon : 014-6999390

Akaun Bayaran :
RHB Bank Berhad
1-11212-5011818-0

Jumaat, 30 Januari 2009

BUKU : Panduan Menulis Cerpen (Terpakai)

Panduan Menulis Cerpen
Harga : RM5.00

BMS035


Panduan Menulis Cerpen mengandungi 10 buah rencana bimbingan menulis cerita pendek.
rencana-rencana tersebut adalah hasil dari siri ceramah kursus penulisan anjuran PENA (Persatuan Penulis Nasional) pada tahun 1968. Sungguhpun kursus tersebut sudah berlangsung agak lama, akan tetapi teori-teori penulisan cerpen yang terdapat dalam buku ini masih tetap segar. Hasilnya, para pembaca akan dapat mengenali dan mendalami unsur-unsur yang membina cerpen (tema, pendekatan, plot, perwatakan, sudut pandangan, latar dan gaya bahasa) dan bagaimana unsur-unsur tersebut harus dijalin dan diterapkan bagi menghasilkan cerpen yang bermutu.

Penyelenggara : A. Bakar Hamid & Usman Awang
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1984

Kandungan : 46 Muka Surat

BUKU : Mengenal Puisi (Terpakai)

Mengenal Puisi
Harga : RM5.00

BMS034

Mengenal Puisi ini ditulis untuk memperkenalkan berbagai aspek puisi, terutama puisi moden, secara lebih dekat lagi kepada peminat-peminat sastera, pelajar-pelajar dan para guru-guru sastera khasnya.
Buku ini ditulis oleh Anis Sabirin semasa beliau berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan diterbitkan sesudah disunting semula oleh M. Noor Azam

Penulis : Anis Sabirin
Penerbit : Dewan Bahasa & Sastera 1972

Kandungan : 98 Muka Surat

BUKU : Memoir Seorang Penulis (Terpakai)

Memoir Seorang Penulis
Harga : RM5.00

BMS033


Memoir Seorang Penulis adalah buku beliau yang kedua bercorak autobiografi selepas Tujuh Tahun Memanjang (1976). Di dalam buku ini beliau mengisahkan pengalaman-pengalaman pahit manis hidupnya di dalam dunia penulisan, kewartawanan, penerbitan dan sedikit-sedikit politik.
Keterlibatannya di dalam bidang politik telah menyeretnya beberapa kali ke penjara.
Memoir ini akan memperkenalkan kepada golongan muda hari ini tentang kegigihan salah seorang tokoh sastera dan politik terawal dalam sejarah kebangkitan nasionalisme di Malaysia.

Penulis : Ahmad Boestamam
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1979

Kandungan : 122 Muka Surat

BUKU : Memahami Istilah Sastera (Terpakai)

Memahami Istilah Sastera
Harga : RM5.00

BMS032


Istilah sastera perlu difahami oleh pelajar-pelajar sastera, peminat-peminat sastera dan juga orang sastera sendiri. Ini kerana sastera sudah dilihat sebagai suatu bidang ilmu yang khusus, sama seperti bidang-bidang lain seperti sains politik, sejarah, linguistiks dan sebagainya.
Setiap bidang itu hanya mungkin dipelajari dan dikuasai dengan baik apabila para pelajar memahami istilah-istilah yang berhubungan dengan bidang-bidang tersebut.
Buku kecil ini amat berguna sebagai bahan rujukan kepada para pelajar sastera, peminat sastera dan sasterawan. Ia mengandungi sejumlah istilah yang boleh dianggap mencukupi untuk para pelajar menengah dan peminat-peminat sastera mempelajarinya.

Penulis : Rahman Shaari
Penerbit : Karya Bistari Sdn Bhd 1985

Kandungan : 107 Muka Surat

BUKU : Langit Tinggi DiJunjung (Terpakai)

Langit Tinggi Dijunjung
Harga : RM5.00

BMS031


Langit Tinggi Dijunjung: Di Sekitar Permasalahan Orang Melayu dan Remaja Melayu membincangkan dan membahaskan pelbagai permasalahan hidup bangsa Melayu, masyarakat Malaysia dan negara-negara membangun (Dunia Ketiga) sama ada di peringkat remaja mahupun masyarakat umum. Masalah-masalah asas bangsa Melayu, kaum bumiputera dan masyarakat majmuk Malaysia seperti masalah kemiskinan, ketidaksamarataan kekayaan, gejala salahguna dadah, penganiayaan kanak-kanak, pembanterasan jenayah, keruntuhan disiplin para pelajar dan generasi muda, kedudukan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum Melayu dan bukan Melayu serta isu penindasan orang tengah dalam sistem ekonomi diperdebatkan dengan tajam dan kritis.
Penulis buku ini juga, membincangkan kepentingan pendidikan pengguna, masalah buta jawi di kalangan generasi muda, perubahan dan tentangan, hak-hak asasi seseorang warganegara dalam sistem demokrasi, hak sebagai pengundi, sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu, pemupukan budaya membaca dan ilmu untuk memperluaskan cakerawala pemikiran sesuatu bangsa, kepentingan seni dan sastera dalam meningkatkan tahap keimanan, jiwa tauhid dan semangat jihad sesuatu bangsa dan kupasan menarik tentang Wawasan 2020.

Penulis : Talib Samat
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1992

Kandungan : 284 Muka Surat

BUKU : Ke Arah Keprofesionalan Guru Bahasa dan Sastera Melayu (Terpakai)

Ke Arah Keprofesionalan Guru Bahasa dan Sastera Melayu
Harga : RM10.00

BMS030


Buku ini menyingkap aspek pengajaran bahasa dan sastera Melayu di sekolah, maktab dan universiti masa kini. Buku ini membicarakan aspek-aspek berikut:
Kurikulum bahasa dan sastera di maktab dan universiti.
Perkaedahan pengajaran bahasa dan sastera Melayu.
Pengujian dan penilaian bidang bahasa dan sastera Melayu.
Buku ini sesuai dibaca oleh guru pelatih, guru terlatih, pensyarah dan semua yang terlibat dalam pendidikan semoga peningkatan keprofesionalan pendidik dapat dicapai.

Penyunting : Sofiah Hamid & Zaiton Ab. Rahman
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1988

Kandungan : 159 Muka Surat

BUKU : Penulisan Cerpen: Kaedah Dan Pengalaman

Penulisan Cerpen : Kaedah Dan Pengalaman
Harga : RM5.00
BMS029


Buku ini mengandungi enam buah esei ceramah dan sebuah cerpen contoh.
Ia terbahagi kepada dua persoalan pokok, iaitu pengalaman dan penghasilannya dalam kegiatan penulisan cerpen. Dalam persoalan pertama, disentuh hal-hal yang berhubungan dengan diri penulisnya dan zamannya sebagai penulis cerpen: cara ia mendapat bahan dan mencipta cerpen, dan bagaimana ia belajar memperbaiki dan memperkembangkan bakatnya.
Dalam persoalan kedua, terangkum soal-soal mengenai sejarah penulisan cerpen di Malaysia, perkembangan dan latar belakang penulis dan bentuk penulisan cerpen Melayu.
Buku ini boleh menjadi bahan bacaan tambahan yang amat berguna kepada penulis-penulis muda dan kepada pengkritik serta peneliti kesusasteraan kerana ia ditulis oleh penulis yang turut sama terlibat dalam perkembangan kesusasteraan Melayu sejak lepas Perang Dunia Kedua hingga sekarang.

Penulis : Abdullah Hussain
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1980

Kandungan : 64 Muka Surat

BUKU : Integrasi Sosial Dalam Kesusasteraan Melayu (Terpakai)

Integrasi Sosial Dalam Kesusasteraan Melayu
Harga : RM5.00

BMS028


Rusuhan yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah tercatat dalam sejarah tanahair sebagai hari tragedi nasional. Peristiwa 13 Mei itu ketara lebih banyak dicetuskan oleh pernyataan-pernyataan yang bercorak perkauman dalam pilihanraya yang diadakan pada waktu itu dan juga selepasnya. Pernyataan-pernyataan perkauman yang menjadi isu penting dalam dunia politik tanahair itu tidak sahaja terjelma dalam kempen-kempen pilihanraya atau dalam gelanggang politik semata-mata. Kita boleh sahaja meramalkan bahawa isu yang penting ini akan
terjelma dalam pengucapan budaya khususnya dalam dunia kesusasteraan yang merupakan satu pernyataan kebudayaan yang erat hubungannya dengan masalah-masalah kemasyarakatan. Demikianlah peristiwa 13 Mei ini cuba diperkatakan dengan memberikan suatu daftar keperihalan tafsiran mengenai sebab-sebab dan implikasinya terhadap kedudukan dan masa depan masyarakat berbilang bangsa. Buku ini merupakan suatu tinjauan tentang sejauh mana kesusasteraan Melayu ketika itu memberikan perhatian kepada masalah integrasi sosial sebagai salah satu masalah kemasyarakatan di negara ini.

Penulis : A.M. Thani
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1990

Kandungan : 120 Muka Surat

BUKU : Dari Salina Ke Langit Petang - Proses Mencipta Novel (Terpakai)

Dari Salina Ke Langit Petang - Proses Mencipta Novel
Harga : RM5.00

BMS027

Dari Salina Ke Langit Petang adalah hasil tulisan bercorak autobiografi,
rakaman pengalaman A. Samad Said yang menceritakan bagaimana ia lahir menjadi seorang pengarang serta proses penghasilan tiga novelnya yang penting: Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang. Dengan jelas, Samad dapat menghidupkan kembali suasana penciptaan tersebut, satu proses yang panjang dan perit. Novel-novelnya lahir dari hasil paduan dari pembacaan, pengamatan, pengalaman, pemikiran dan kekuatan daya imaginasi.

Penulis : A. Samad Said
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1979

Kandungan : 83 Muka Surat

BUKU : Bagaimana Menjadi Wartawan (Terpakai)

Bagaimana Menjadi Wartawan
Harga : RM5.00

BMS026

Pekerjaan seorang wartawan adalah suatu pekerjaan yang mencabar, memerlukan keberanian, ketekunan dan kebijaksanaan. Seseorang wartawan mungkin akan menemui seorang presiden, seorang bintang filem jelita dan seorang penulis terkemuka, semuanya dalam masa sehari.
Itulah sebahagian daripada gambaran kehidupan seorang wartawan.
Tetapi untuk menjadi seorang wartawa, anda perlu mempelajari ilmu kewartawanan sebaik-baiknya sejak di bangku sekolah. Inilah salah satu panduan yang direncana oleh M.L. Stein. Bagi anda yang meminati pekerjaan wartawan, buku ini akan memberikan gambaran bagaimana caranya kehidupan seorang wartawan bermula dan apakah yang akan anda temui apabila anda menjadi seorang wartawan.

Penulis : M. L. Stein
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka 1981

Kandungan : 100 Muka Surat